Perubatan Islam Warisan


Thursday, December 29, 2011

Kursus Perubatan Islam

Saya juga memberikan kursus-kursus perubatan islam kepada yang berminat, kursus dibahagikan kepada 3 peringkat :

1 Peringkat Rendah
- Peringkat ini para peserta kursus akan didedahkan dengan ilmu perubatan islam untuk membenteng diri sendiri daripada gangguan makluk halus dan sihir.

2 Peringkat Pertengahan
- Peringkat ini para peserta kursus akan mempelajari ilmu perubatan islam untuk menjaga diri sendiri dan ahli keluarga daripada gangguan makluk halus dan sihir.

3 Peringkat Tinggi
- Peringkat ini para peserta kursus akan didedahkan dan mempelajari bagaimana ilmu perubatan islam untuk mengubati orang ramai yang terkena gangguan makluk halus
dan perbuatan sihir.

Para peserta yang ingin mengikuti kursus ini perlulah bermula daripada peringkat rendah ini adalah perlu untuk menguatkan diri terlebih dahulu sebelum membantu orang lain.

Sesiapa sahaja yang berminat dengan syarat beragama islam untuk mempelajari ilmu perubatan islam boleh menghubungi saya, insya allah saya akan membantu setakat yang termampu

Telefon no. 012-5875488

Thursday, January 8, 2009

PERGURUAN SENI SILAT JURUS WARISAN

Perguruan Silat Jurus Warisan adalah satu cabang daripada Silat Warisan Negeri Perlis di mana Pengasasnya iaitu saya sendiri Abd Manaf Bin Mohamad Idris adalah anak murid Ustaz Mazlin Bin Hamid yang bertaraf Khalifah.

Di dalam Perguruan Silat Jurus Warisan ini di mana saya sendiri yang akan membimbing sesiapa sahaja yang berminat mendalami ilmu silat dan perubatan islam, insya allah setakat mana yang saya tahu dan mampu.

Sesiapa sahaja yang beragama islam dan berminat boleh menghubungi saya di alamat email sejatiwarisan@gmail.com atau menghubungi saya ditalian 012 5875488.

Saya juga menawarkan program pembelajaran ilmu-ilmu petua zaman dahulu kala di dalam ilmu persilatan yang boleh digunakan dalam amalan hidup seharian dan khidmat rawatan perubatan islam insya allah.

Kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah dan memerlukan khidmat rawatan tradisional insya allah saya sedia membantu.